UNIX DAN SEJARAHNYA
Sejarah Unix
http://www.bell-labs.com/history/unix/
Pada tahun 1965, Bell Telephone Laboratories (Bell Labs, a division of AT&T) berkerjasama dengan General Electric dan Project MAC of MIT untuk menulis sebuah sistem operasi yang dipanggil Multic. Tidak lama kemudian, menyedari projek itu tidak ke mana Bell Labs membuat keputusan untuk keluar daripada kumpulan itu. Ini meninggalkan Bell Labs tanpa sebarang sistem operasi.
Ken Thompson dan Dennis Ritchie kemudian merangka sebuah sistem operasi yang sesuai dengan keperluan Bell Labs. Pada tahun 1969, Dennis Ritchie dan Ken Thompson menulis semula sebuah permainan komputer "SPACE TRAVEL" daripada GE-645 ke DEC PDP-11/20 dan UNIX pun dilahirkan. Seorang penyelidik Bell Labs, Brian Kernighan, memberikan nama sistem ini UNIX.
Untuk layak dipanggil sebagai sistem operasi yang sebenar, sesebuah sistem operasi sekurang-kurangnya mempunyai dua kelayakan. Lebih daripada seorang pengguna dapat menggunakan sistem operasi tersebut dalam satu masa dan ia mampu menjalankan lebih daripada sebuah perisian pada waktu yang sama (multi-user dan multi-tasking) sejak tahun 1970 UNIX telah memenuhi keperluan ini.
Dengan UNIX, setiap penggunanya mempunyai nama kemasukan (login name) mereka sendiri dan sebaiknya setiap pengguna akan mempunyai kata lepas (password). Dengan penggunaan nama kemasukan dan kata lepas, pengguna dapat dikenal pasti sebagai apa yang mereka kenalkan diri mereka kepada sistem (login dan password). Setiap komputer UNIX, pengguna yang memasuki sistem tersebut mempunyai identitinya tersendiri. Sama ada
daripada nama komputer dan sekiranya ia disambungkan kepada rangkaian ia akan mempunyai nombor IP dan nama domain.
Tahun yang paling penting bagi UNIX adalah pada tahun 1973, apabila UNIX ditulis semula dalam bahasa C. Dengan bahasa ini, ia memudahkan UNIX dialihkan kepada pelbagai jenis perkakasan komputer. Kini UNIX telah dijalankan dan dibangunkan kepada hampir kesemua perkakasan komputer yang anda. Daripada Intel, SPARC, Motorola, ARM dan pelbagai lagi.
Pelbagai vendor telah membeli kod asal UNIX dan kemudiannya membangunkan UNIX sesuai dengan keperluan dan perkakas yang mereka keluarkan. IBM dengan UNIX yang dipanggil AIX, HP dengan UNIX yang dipanggil HP-UX, SUN dengan UNIX yang dipanggil Sun Solaris dan pelbagai lagi. Malang sekali tiada pemusatan daripada segi pembangunan UNIX yang mengakibatkan terdapat pelbagai perbezaan di antara UNIX yang dikeluarkan oleh pelbagai vendor. Sehinggalah tahun 1990, apabila sebuah standard untuk UNIX dipersetujui. Pada tahun itu Standard IEEE POSIX.1 diperkenalkan. http://www.pasc.org/
Sekitar tahun 1975, Thompson telah membawa kod-kod UNIX ke Universiti California di Berkeley dan menggalakkan pembangunan UNIX di unversiti itu, http://daemonz.org/bugs/history.html. Di sini lahirlah Unix BSD atau Berkely Software Distribution.
Pada masa ini sistem operasi UNIX mempunyai tiga keluarga yang besar, yang berasaskan kod-kod UNIX keluarga Sistem V (kod-kod yang dibeli daripada AT&T dan kemudiannya milik Unix System Laboratories) dan keluarga BSD (kod-kod berasaskan UNIX yang dibangunkan daripada BSD). Keluarga UNIX yang terakhir, yang kod-kod tiada kaitan dengan kod-kod asal UNIX adalah klon UNIX, Linux. UNIX kini adalah tanda niaga milik The Open Group.
Kelemahan utama UNIX adalah ia kod-kodnya adalah besar (ia dijalankan di dalam sistem-sistem mahal dan mempunyai sumber sistem yang tinggi) dan harganya terlalu mahal. Di
sinilah Linux memainkan peranannya. Linux dibangunkan agar ia kecil, pantas dan murah. Setakat ini pembina Linux masih mengekalkan konsep ini. Linux mampu dijalankan dalam keadaan paling minimum seperti komputer Intel 286, 386 dan 486, komputer yang mungkin akan dibuang jika ia masih mahu menjalankan sistem operasi berasaskan Windows.

UNIX
Sejarah
1960-an dan 1970-an
Pada 1960an,
Massachusetts
Institute of Technology (MIT), AT&T Bell Labs dan General Electric
bekerjasama dalam satu sistem pengoperasian percubaan yang dipanggil Multics
(Multiplexed Information and Computing Service), yang telah direkabentuk
untuk digunakan ke atas komputer kerangka
utama GE-645. Tujuannya adalah untuk mencipta sistem
pengoperasian interaktif yang mempunyai banyak kemampuan yang luarbiasa,
termasuk peningkatan ciri-ciri keselamatan. Projek tersebut berjaya
menghasilkan pengeluaran yang boleh digunakan, tetapi pada awalnya, pengeluaran
ini mempunyai prestasi yang agak mengecewakan.
AT&T Bell Labs telah
menarik diri dan mengalihkan sumber-sumbernya ke tempat lain. Salah seorang
dari pemaju dari kumpulan AT&T Bell Labs, iaitu Ken Thompson, terus
memajukannya untuk komputer kerangka utama GE-645, dan menulis permainan komputer
yang dipanggil "Space Travel". Walau bagaimanapun, dia
mendapati permainan tersebut sangat perlahan pada komputer GE. Dengan kos $75
sekali lalu dalam masa perkomputeran yang amat terhad, ian juga amat mahal.
Thompson menulis semula
permainan tersebut di dalam DEC PDP-7 menggunakan bahasa perhimpunan
dengan bantuan Dennis Ritchie. Pengalaman tersebut digabung pula dengan
kerjanya dalam projek Multics, mengilhamkan Thompson untuk memulakan
sistem pengoperasian yang baru untuk DEC PDP-7. Thompson dan Ritchie yang
mengetuai sekumpulan pemaju, termasuk Rudd Canaday, di Bell Labs, membangunkan
sistem fail dan juga sistem pengoperasian penugasan berbilang yang baru. Mereka
memasukkan pentafsir arahan
dan beberapa atur cara utiliti
yang kecil. Projek tersebut digelarkan UNICS oleh Brian Kernighan,
singkatan bagi "Uniplexed Information and Computing System",
kerana ia boleh menyokong dua pengguna pada masa yang sama. Disebabkan UNICS
mempunyai makna yang tidak elok, ia kemudian telah ditukar kepada UNIX dan
sejarah kelahirannya pun bermula.
Pada 1973,
keputusan telah dibuat untuk menulis semula UNIX di dalam bahasa pengaturcaraan C.
Perubahan ini bermakna UNIX pada masa hadapan akan lebih mudah diubahsuai untuk
digunakan pada komputer yang berlainan (dengan itu menjadi boleh pindah), dan
variasi yang berlainan boleh dibangunkan oleh pemaju yang lain. Kodnya sekarang
yang kini lebih padat dan ringkas menyebabkan perkembangan pesat dalam
pembangunan UNIX. AT&T menjual UNIX secara perlesenan kepada universiti
dan firma komersial, termasuknya kerajaan Amerika Syarikat.
Perlesenan ini merangkumi kesemua kod sumber kecuali kernel untuk komputer yang
tertentu, yang mana ia ditulis menggunakan kod perhimpunan PDP-11.
Pembangunannya diteruskan,
dengan versi 4, 5 dan 6 telah dikeluarkan sehingga 1975.
Kemudian versi ini menambah 'paip', menjadikan pembangunan kod asas yang lebih
modular, pertumbuhan pembangunnya sentiasa bertambah. Sehingga 1978,
lebih 600 komputer telah menggunakan UNIX dalam pelbagai keadaan. Versi 7,
versi terakhir Penyelidikan UNIX akan dikeluarkan secara meluas, ianya telah
dikeluarkan pada 1979. Versi 8, 9 dan 10
telah dibangunkan sepanjang 1980-an tetapi ianya
hanya dikeluarkan kepada beberapa universiti, walaupun ia menghasilkan beberapa
kertas yang menjelaskan cara kerjanya yang baru. Penyelidikan ini telah memacu
pembangunan Pelan 9, satu sistem pengagihan yang baru.
1980-an
AT&T membina UNIX Sistem
III, berasaskan Versi 7, sebagai versi komersial dan menjual produk tersebut
secara terus. Versi pertamanya telah dilancarkan pada 1982.
Walau bagaimanapun subsidiarinya,
Western Electric,
terus menjual versi UNIX lama, berasaskan sistem UNIX (versi 1 hingga 7). Untuk
menamatkan kekeliruan diantara semua versi yang berbeza, AT&T telah
mencantumkan pelbagai versi yang dibina di lain-lain universiti dan syarikat
kedalam UNIX Sistem V Terbitan 1. Versi ini memperkenalkan perbagai ciri
seperti 'penyunting vi'
dan 'curses'
("curses" ialah perpustakaan perisian untuk sistem Unix dan serupanya
yang dikawal oleh terminal), dari "UNIX Berkeley Software
Distribution" yang dibangunkan oleh University of
California, Berkeley
(UCB). Ia juga menyokong komputer DEC VAX.
UNIX komersial yang baru
dikeluarkan tidak lagi mengandungi kod sumber dan juga UCB masih terus
membangunkan BSD UNIX sebagai alternatif kepada UNIX Sistem III dan V, yang
pada asalnya atas senibina PDP-11 (keluaran BSD 2.x, berakhir dengan versi
2.10). Apapun aspek yang paling penting dalam usaha pembangunan BSD adalah
penambahan kod rangkaian TCP/IP kepada kernel UNIX yang dipakaiguna umum. Usaha
BSD menghasilkan lapan keluaran yang ketara yang mengandungi kod rangkaian:
4.1c, 4.2, 4.3, 4.3-Tahoe ("Tahoe" merupakan nama panggilan senibina
CCI Power 6/32 yang merupakan port bukan-DEC bagi kernel BSD, 4.3-Reno (untuk
menyamakan penamaan "Tahoe", dan merupakan keluaran yang
diperjudikan), Net2, 4.4, and 4.4-lite. Kod rangkaian yang terdapat dalam
keluaran ini merupakan asal usul kepada boleh dikatakan semua kod rangkaian
TCP/IP yang digunakan pada hari ini, termasuk kod yang kemudiannya dikeluarkan
oleh AT&T dan Microsoft Windows.
Lain-lain syarikat mula
menawarkan versi komersial UNIX untuk komputer mini
atau stesen kerja komputer
mereka. Kebanyakan UNIX komersial ini dibangunkan dari asas Sistem V dibawah
lesen AT&T. Yang lainnya memilih BSD. Seorang dari pemaju utama BSD, Bill Joey,
menubuhkan Sun Microsystems
pada 1982 dan mencipta SunOS
(sekarang Solaris)
untuk stesen kerja komputer mereka. Pada 1980, Microsoft
mengumumkan UNIX pertama mereka untuk pemproses 16-bit yang dipanggil Xenix,
dimana Santa Cruz Operation
(SCO) mencambahkannya kedalam pemproses Intel dalam tahun 1983,
dan pada akhirnya mencawangkan Xenix kedalam SCO UNIX dalam tahun 1989.
AT&T menambah pelbagai
ciri kedalam UNIX Sistem V, seperti penguncian fail, pentadbiran sistem,
kawalan kerja (berdasarkan ITS), strim, sistem fail jauh dan TLI. Bagaimanapun
diantara tahun 1987 dan 1988,
AT&T membuat keputusan untuk menggabungkan Xenix, CSD, SunOS dan Sistem V
kedalam Sistem V Terbitan 4 (SVR4). Keluaran baru menggabungkan kesemua
ciri-ciri terdahulu kedalam satu bungkusan, dan menyuarakan berakhirnya
persaingan versi. Ia juga meningkatkan bayaran lesen yang amat ketara.
1990-an
Pada 1991,
sekumpulan pemaju BSD (Donn Seeley, Mike Karels, Bill Jolitz, and Trent Hein)
telah meninggalkan University of California untuk menubuhkan Berkeley Software
Design, Inc. (BSDI). BSDI merupakan syarikat yang pertama
mengeluarkan versi BSD UNIX yang berfungsi sepenuhnya untuk pelantara Intel
yang mudah dan boleh didapati dimana saja, ia telah memulakan gelombang dalam
penggunaan perkakasan yang murah dalam penghasilan perkomputeran. Tidak lama
selepas ia ditubuhkan, Bill Jolitz telah meninggalkan BSDI untuk menghasilkan
edaran 386BSD, yang secara amnya dikenali sebagai usul asal perisian-percuma FreeBSD,
OpenBSD, and NetBSD.
Sehingga 1993
kesemua dari vendor komersial UNIX telah menukar variasi komersial mereka
berasaskan SVR4, dan banyak ciri-ciri BSD ditambah ke atasnya.
Tidak lama selepas UNIX Sistem
V Terbitan 4 dikeluarkan AT&T telah menjual segala hak mereka atas UNIX
kepada Novell.
Novell membangun kan versinya sendiri yang dipanggil UnixWare,
mencantumkan Netwarenya
dengan UNIX Sistem V Terbitan 4. Novell cuba menggunakan ini untuk menentang Windows NT,
tetapi pasaran utama mereka terjejas dengan teruknya.
Pada 1994,
Novell mengambil keputusan untuk memecahkan longgokan aset UNIX dan menjual
sebahagian daripadanya. Cap dagangan UNIX dan hak
persijilan dijual kepada X/Open Consortium,
yang merupakan kumpulan industri yang menetapkan "Piawaian UNIX".
Akhirnya, X/OPEN and OSF (pesaing piawaian SVR4) bergabung dan membentuk Open Group.
Beberapa piawaian oleh Open Group kini menetapkan apa yang merupakan dan apa
yang tidak merupakan sistem pengoperasian 'UNIX'.
Pada 1995,
pentadbiran perniagaan dan sokongan lesen UNIX yang wujud serta hak untuk
meneruskan pembangunan kod asas Sistem V telah dipindahkan kepada Santa Cruz
Operation. Novell mengekalkan hakcipta, hak veto terhadap aktiviti pelesenan
SCO, dan 95% hasil-hasil lesen.
2000-an
Pada 2000,
Santa Cruz Operation menjual kesemua aset dan perniagaan UNIX kepada Caldera
Systems, yang kemudian menukar namanya kepada SCO Group.
Pemain baru ini memulakan kempen perundangan keatas beberapa pengguna dan
vendor Linux. SCO Group telah
menawarkan beberapa teori perundangan terhadap beberapa kes. Selain mendakwa
pelanggaran rahsia perniagaan
oleh IBM,
atau pelanggaran kontrak oleh bekas Santa Cruz yang telah bertukar kepada
Linux. Teori yang paling jauh adalah kerja pembangunan yang dibuat oleh IBM
keatas AIX dianggap kerja sampingan dan dengan sebab itu ia dianggap milik SCO.
Jika ini benar, ia juga akan memberi kesan kepada semua lesen UNIX.
Walau bagaimanapun, Novell
telah membantah kenyataan SCO group sebagai pemegang hakcipta sumber asas UNIX.
Menurut Novell, SCO (begitu juga SCO group) hanya sebagai pemegang francais
Novell. SCO group tidak bersetuju dengan ini, dan pertelingkahan ini
menghasilkan kes saman SCO lawan Novell.
Sesungguhnya pada tika dan
saat ini, SCO Group memegang hak ke atas kod sumber UNIX, Open Group memegang
hak ke atas cap dagangan UNIX.
Jenis-jenis UNIX
UNIX adalah sebuah sistem
operasi yang dikembangkan oleh banyak pihak. Setiap pihak yang mengembangkan
UNIX, menambahkan teknologi miliknya ke dalam UNIX, yang meskipun hal itu
diluar standar, mampu menjadikan sistem operasi UNIX lebih kuat atau lebih
andal. Tabel berikut menyebutkan beberapa jenis-jenis UNIX.
Nama varian UNIX
|
Dikembangkan oleh (vendor/organisasi)
|
Darwin
|
Apple Computer
(modifikasi yang dilakukan oleh Apple dari kernel BSD dan diaplikasikan pada Mac OS/X).
|
Convergent Technology
|
|
Cray Research (sekarang
bagian dari Silicon Graphics Incorporated)
|
|
Compaq (sekarang bagian
dari Hewlett-Packard)
|
|
Microsoft Corporation (lalu dijual ke SCO)
|
|
Santa Cruz
Operation (SCO) Corporation
|
|
Santa Cruz Operation
(SCO) Corporation
|
|
Santa Cruz Operation
(SCO) Corporation
|
|
BSD UNIX
|
|
BSD/I
|
|
OSF/1
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Universitas Carnegie Mellon (Carnegie Mellon University),
Amerika Serikat
|
|
Lucent Technologies ( Bell Labs)
|
|
0 komentar:
Posting Komentar